Friday, July 8, 2011

PELESTARIAN SILAT LINTAU BERMULA

Pada 30hb Jun, 2011 saya dan rombongan telah pulang ke Malaysia setelah mengadakan jejak kasih silat lintau di Nagari Lintau, Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat, Indonesia.



Setelah berehat selama sehari, saya telah menghubungi rakan2 dan memberitahu mereka mengenai keputusan yang dicapai di Lintau dan berbincang mengenai halatuju dan masa depan Silat Lintau di Malaysia.


Kami bersetuju bahawa sesuatu mesti dilakukan untuk melestarikan Silat Lintau dan menunjukkan kepada masyarakat umum bagaimanakah gerak langkah Silat Lintau yang sebenar.


Untuk projek pertama, saya akan ke Johor bagi membuka satu gelanggang baru dan melatih beberapa orang untuk menjadi jurulatih silat lintau disana.


berita selanjutnya dalam blog selepas ini...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.